February 2, 2009

terima kasih segalanya

Dara,perawan,teruna,virgin...sampai satu masa,semua akan hilang.ada yang hilangnya atas nama cinta,ada yang hilangnya atas nama penipuan,ada yang dipaksa,dan ada yang hilangnya tanpa disedari...31st januari lalu,satu dara telah hilang daranya.virgin yang lost virgintiy nya...tapi ini virgin tua hanya plan untuk lost her virginity dalam masa sangat singkat.in less than a month time.biasanya it took like 4-6 month untuk satu virgin plans untuk lost kan diorang punya virginity.at first semua nampak kabur lagi blur,as time passes semua nampak makin clear dan sampai tarikh dan hari yang ditetapkan,semuanya berlangsung.majlis pecah dara ini berlangsung.

ramai yang datang menyertai aktiviti pecah dara sang dara tua kali ni.40 orang datang dari seluruh pelusuk alam B malaya untuk menyertai pemecahan dara.yang datang menyaksikan nya pulak lagilah ramainya...semua merasa,semua berasa...ramai pekerja yang bersiap sedia untuk menjayakan majlis bersejarah penuh kontroversi ini.dari awal pagi...sampai waktu,semua peserta mula bersaing nak pecahkannya.dari pagi sampai ke petang.ada yang balik awal,ada yang tak menjadi,ada asyik menjadi...mulanya penonton yang tengok sikit jer,tapi masa berlalu,makin ramai orang yang tonton.sampai petang,semua selesai bersaing,pengadil dah letih,pekerja dah mamun,penonton dah sejuk,peserta dah mula cramp.dara dah separuh terbarai pecah...

malam menjelang,majlis disambung.semua dijamu,kambing dan ayam jadi sajian.kumpulan ketuk gendang bonet kereta jadi penghibur.penonton,pengadil,peserta semua sibuk berlabon sambil tunggu pekerja siapkan kambing dan ayam.masa cukup,semua makan.semua merasa,semua berasa...selaput dara yang selama ni dijaga dah mula nak hilang kesemuanya...datang satu susuk pegang mikrofon gugup.semua mata tengok dia,ketiak dia mengalir air peluh gemuruh.dipanggil tok ketua ayah si dara tua untuk diberi penghormatan.kemudian semua penyumbang majlis diberi kalungan tanda apresiasi.selesai semua,majlis kemuncak pemecahan dara sampai tiba,si gugup panggil wakil arab yang buat skil di posisi paling handal waktu bersaing memecahkan dara untuk meng 'claim' hadiah nya.disusuli wakil Sempoi yang tercabut bahu yang dapat tempat ke-3,kemudaian raja J.K dari generasi sekarang tampil mengambil bahagian nombor 2,dan akhir sekali,nama Old-Tai jatuh lutut yang dah lama mencuba dipanggil pertama kalinya untuk tampil bahang piala.gendang bonet sibuk diketuk! penonton jadi bising! suasana gamat!dan dengan officialnya,dara si dara tua telah dipecahkan! majlis pemecahan dara disudahi dengan persembahan dari kumpulan ketuk genadang bonet kereta...semua yang ada bergambar,menari,berpelukan,melompat dan menyanyi bergembira...

majlis pemecahan dara si dara tua berlangsung dengan jayanya...lebih dari yang dijangka.luar biasa bagus dari difikirkan...jadi aku ambil kesempatan kali ni untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan majlis pecah dara baru-baru ini.aku bersyukur.sedalam-dalamnya terima kasih dari hati aku.aku harap,dengan pecahnya dara si dara tua kita ini,semua kan menjadi lebih bagus dan majlis sebegini dimasa hadapan akan jadi lagi bagus....terima kasih segalanya.



~ the W ~

nota : tiada dara yang dipecahkan pada malam tu.semua diatas ialah metafora dari aku.

2 comments: