November 29, 2008

Nota Terbuka Buat Bayi

This wasn’t suppose to be my first post of this blog,but there’s something wrong. this problem,before it worsen,I think I gota say something bout it.in my own way.so here it goes…

Sekali lagi,”Musim Bermain” telah tiba.musim yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan (kurang lebih) telah akhirnya tiba.musim ini pun hanya akan berlarutan sekitar 3 bulan.Musim Bermain ini juga aku lihat sebagai musim beranak,dimana pada musim ni,banyak bayi-bayi yang akan dilahirkan.bayi-bayi ni bukan dilahirkan oleh para ibu dari kaum betina,tapi dari kaum jantan(majoritinya).ada yang lahir dari kawan,ada yang lahir dari saudara,ada yang lahir dari kawan punya kawan,ada jugak yang lahir dari kawan punya kawan punya kawan,dan sekarang ini jarang sekali yang lahir dari diri sendiri.

Bayi yang baru dilahirkan ini selalunya dilihat bersemangat,penuh determinasi dan waja.all the good quality of a newborn.mereka mula berguling,dan cuba merangkak di sekitar ‘playground’ yang telah sekian lama menjadi tempat bermain Abang-Abang Besar dan Budak-Budak Nakal.playground yang menjadi venue utama di Musim Bermain ini suka aku namakannya sebagai ‘Devil’s Playground’,dimana semua alatan permainannya telah rosak selepas pihak autoriti menambah pasir di playground ini.yang tinggal hanya papan gelungsur tinggi yang selalunya menggulung sesiapa yang cuba menggelunsur diatas nya.playground ni tidak lagi menjadi tumpuan Budak-Budak Luar kerana mereka benci gelunsur besar menggulung itu.padahal nya pada aku, mereka tak punya ‘balls’.

Bayi-bayi ni penuh semangat untuk terus bermain di playground ini disamping Abang besar dan Budak nakal.mereka melihat Abang-Abang Besar dan Budak-Budak Nakal merangkak laju,berputar,berlari-lari dan cuba-cuba untuk terbang.temptasi meninggi,tanpa berfikir panjang,aku lihat bayi-bayi yang baru lahir ini,yang baru bisa berguling dan sedang cuba-cuba merangkak terus ingin merangkak laju,berputar,ingin cuba berlari dan ada juga yang mahu terbang.tetapi ternyata gagal.mana mungkin bayi yang baru lahir terus bisa merangkak laju,mana mungkin bayi yang baru lahir terus bisa berputar,mana mungkin bayi yang baru lahir terus boleh berlari,mana mungkin bayi yang baru lahir terus bisa terbang.tak terlintas kah di fikiran sang bayi tentang berapa lama masa si Abang-Abang Besar dan Budak-Budak Nakal telah bermain di playground ini? telah berapa musim yang lama dan menyakitkan yang telah mereka lalui,hanya untuk berada ditahap permainan mereka sekarang ini.menyempurnakan setiap gelungsuran dari papan gelungsur tinggi yang telah rosak itu.apa yang sang bayi kejarkan pun aku tak faham.adakah sang bayi harus mempelajari semuanya sekarang,di masa ini juga kerana jika dilengahkan sang bayi akan mati? Atau jika mereka tak buat itu ini sekarang,keluarga mereka akan di bunuh? Atau mereka kejarkan trofi dan sekeping kertas bernilai seribu? Atau mereka harus melakukan segalanya serentak untuk meng’impress’kan si pussy? Kalau ini lah alasan dan sebab nya,aku nasihatkan bayi-bayi sekalian untuk terus berhenti bermain dan jangan datang ke Devil’s Playground lagi.

Atau semuanya untuk kepuasan diri?Kalau untuk kepuasan diri,sabar lah. semua ada langkah-langkah dan turutan nya. Jika menggoreng telur dimulakan dengan memecah telur kedalam kuali,kemudian dipanaskan kuali dan akhir sekali baru dimasukkan minyak,hasil yang akan diperolehi ialah telur goreng yang buruk berminyak dan berkerak.kita tidak mahu telur goreng buruk yang berminyak.we already got a handful of the no good ‘telur goreng buruk berminyak’,tak perlu lah ditambah lagi bilangannya,takde kualiti,tak berhasil,orang tak nak pun.apa yang ‘Devil’s Playground’ ini perlukan sekarang ialah pemain,pelungsur yang berkualiti,yang boleh melungsur gelungsur tinggi yang tricky dan rosak ni dengan baik.

Abang-Abang Besar sudah tua dengan alatan yang sama tua dengan pemiliknya .Budak-Budak Nakal,degil dan babil,tak guna dinasihatkan,hanya sekadar jaguh kampong.tinggal bayi-bayi jer untuk menrobah masa depan Devil’s Playground.jadi sang bayi,mulakan lah dengan merangkak.merangkak lah dengan betul.tak tahu bertanya.tahu ke kiri dan ke kanan.gelungsur tinggi di playground kita amatlah tricky,jadi belajar lah merangkak dengan betul.kemudian yang lain pasti menyusul…

~W~


p/s: jangan jadikan equipment sebagai alasan

it’s not what you ride on,it’s how you ride 'em...

3 comments:

  1. seem like y'all really concern bout this 'thing'...i'm understood....so...how to join y'all?can i?or wat?

    ReplyDelete
  2. well that's world is!
    what can we say!
    people that come n go, just let them be
    as long as there is a few guys that have heart n stick together..thats count

    go gandom..
    luv them ..

    ReplyDelete
  3. thanx,..... sbb sedarkan ako..... kalau ader paper yg kurang kat ako.... tolong laaa tegur..... tegur direct lagi snang.... sbb.... ako kurang mase bleh online..... umoh tader intenet...... keje jauh...... hehehhe.....

    thanx sbb bagi kemudahan..... viva la gandom.!

    ~Inspector Perut~

    ReplyDelete